Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..bertemu kembali setelah lama penulis menyepikan diri dari menulis blog ini...
Pertemuan kita pada kali ini akan membincangkan topik yang tidak kurang pentingnya dalam kehidupan kita iaitu " Menyimpan & Pelaburan Awal Menguntungkan Anda"
Membuat pelaburan seawal yang mungkin MEMANG MENGUNTUNGKAN!!! .. Percaya atau tidak terpulang kepada anda untuk menilai senario dibawah.
Encik X berumur 20 tahun dan telah membuat pelaburan permulaan awal sebanyak rm1ooo dan membuat penambahan sebanyak rm100 setiap bulan, sehinggalah berumur 55 tahun. Dengan beranggapan keuntungan tahunan sebanyak 8%, pada umur 55 tahun Encik X akan memperolehi RM 238107.92 dari pelaburannya
Encik Y berumur 35 tahun dan telah membuat pelaburan permulaan awal sebanyak rm1000 dan membuat penambahan 3x ganda dari encik X iaitu sebanyak rm300. Sama keadaan dimana beranggapan keuntungan tahunan sebanyak 8%, pada umur 55 tahun Encik Y hanya memperolehi RM 182583.47 dari pelaburannya.
Cuba lihat perbandingan di atas. Walaupun encik Y menyimpan 3 kali ganda dari encik X
perbezaan mereka amatlah ketara iaitu sebanyak RM 55524.45 ..
Jelas dan nyata menunjukkan pelaburan awal memang menguntungkan. Jadi bertindaklah sekarang untuk membuat pelaburan agar kita tidak menyesal di kemudian hari.. Cari lah orang yang dapat membantu anda untuk membuat pelaburan yang menguntungkan.