Sunday, May 15, 2011

KESILAPAN KEWANGAN UMUM...-berapa yang ANDA lakukan?











Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan
Ya inilah kesilapan yang paling besar sekali. Cubalah tanya pada diri kita sudah berapa kali perkataan seperti "Tak apa", "nanti dulu", "lepas kawin", "bila anak dah besar" dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak-anak, insurans perubatan atau membuat temujanji dengan perancang kewangan bagi membaik pulih pinjaman anda

Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya
Umumnya kita sedar tiada manusia yang merancang untuk gagl tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab dan tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan pada soalan2 berikut
Apakah 3 matlamat kewangan anda?
Bila jangka masa pencapaiannya?
Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?

Kesilapan 3 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang
Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan konsep nilai masa wang; simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar kaedah 10 peratus setahun (kadar kat kredit 18 peratus setahun) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka "menyimpan" dengan syarikat kat kredit dan merungut tiada cukup wang

Kesilapan 4: Kegagalan menangani "musuh" wang yang utama iaitu inflasi

Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukkan bahawa duti simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 56 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?




Baiklah kepada pembaca-pembaca budiman di luar sana..adakah anda tergolong dalam insan-insan yang melakukan kesilapan-kesilapan seperti yang diutarakan diatas..tepuk dada tanya lah orang sebelah anda..