
Gambar di atas adalah keratan dari suratkhabar NST yang saya dapati suatu ketika dulu. Cuba tanya diri anda, di manakah anda, apabila anda berumur 64 tahun nanti.
Maaflah, mungkin bahasa saya agak kasar. Anda mungkin tiada masalah jika anda sudah mati ketika itu. Tetapi bagaimana jika anda masih hidup ketika itu. Dapatkah anda bayangkan keadaan anda ketika itu. Bagaimanakah cara anda membiayai kehidupan anda. Mungkin perbelanjaannya tidak banyak, jika sekadar ingin makan-minum sahaja. Tetapi sebaliknya, jika anda mengalami masalah kesihatan, jumlah perbelanjaannya pasti banyak.
Persoalanannya, jika anda tiada simpanan, bolehkah anda mengharapkan sumbangan anak-anak, yang pastinya mereka juga mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga mereka ketika itu.
Bawalah renung-renung sejenak.
Mengikut statistik, di Malaysia hitung panjang hayat penduduknya di antara 72 dan 75 tahun. Untuk pengiraan kita ambil 72 tahun sudah cukup. Jika anda bersara dari pekerjaan pada umur 55 tahun, bermakna anda akan hidup selama 17 tahun lagi.
Dan mengikut statistik yang dikeluarkan oleh KWSP sendiri, lebih dari 70% pencarum KWSP menghabiskan wang mereka dalam masa kurang dari 3 tahun selepas bersara. Jadi, sekali lagi saya ingin mengemukakan
soalan, kalau benar-benar wang anda habis selepas 3
tahun bersara, bagaimana anda boleh menyara kehidupan anda untuk 14 tahun lagi.
Sekali lagi, cuba direnung-renungkan barang sejenak.
Mahu tidak mahu anda perlu merancang dari sekarang. Rancang persaraan impian anda. Ia tidaklah sesukar mana jika anda merancang dari awal.
Mari kita lihat contoh yang saya ingin kongsikan ini.
Misalkan, apabila bersara nanti anda akan hidup selama 17 tahun lagi. Dan setiap bulan semasa persaraan itu, anda memerlukan RM2,500 sebulan. Ini Bermakna anda perlu ada tabungan sebanyak RM510,000 sebelum umur persaraan itu. Katakan anda berumur 35 tahun sekarang, bekerja dan mempunyai gaji bulanan sebanyak RM2,000.
Jika anda akan bersara pada umur 55 tahun, bermakna, anda akan bekerja selama 20 tahun lagi. Katakan caruman KWSP anda dan majikan ialah RM460 sebulan. Dan jumlah wang yang sedia ada di dalam tabung KWSP anda ialah RM60,000.
Mengikut perkiraan mudah saya, dengan kadar purata
keuntungan KWSP sebanyak 5% setahun, wang KWSP anda akan menjadi lebihkurang RM341,721 selepas 20 tahun nanti.
Seperti di awal tadi, jika anda perlukan RM510,000
pada ketika persaraan anda, bermakna anda masih
kurang sebanyak RM168,279 lagi. Jadi bagaimana anda boleh mencukupkan tabungan persaraan anda itu. Salah satu cara ialah melabur di dalam unit amanah.
Katakan anda membuka akaun pelaburan minima sebanyak RM1,000 dan melabur di dalam amanah saham yang memberikan purata keuntungan 15% setahun. Maka untuk mendapatkan tambahan RM168,279 anda perlu menambah pelaburan anda sebanyak RM124 setiap bulan. Dengan cara ini, pada ketika hari persaraan, anda telah bersedia dengan jumlah RM510,000.
Tetapi untuk makluman anda RM510,000 bukanlah suatu jumlah yang besar. Kerana di dalam kiraan tadi kita tidak mengambil kira kadar inflasi iaitu sekitar 3%
setahun.
Apakah kadar inflasi? Mudahnya, inflasi menjadikan
nilai wang anda lebih kecil. Anda memerlukan wang
yang lebih untuk membeli barang yang sama. Contohnya, hari ini anda boleh membeli gula dengan RM1.45 sekilo. Tetapi dalam masa 20 tahun lagi, harga sekilo gula ialah RM2.62 sekilo. Ini bermakna wang
RM2,500 hari ini, pada 20 tahun akan datang,
nilainya ialah lebihkurang RM1,384.19 sahaja.
Contoh di atas berlaku, jika anda hidup dan bekerja
sehingga umur 55 tahun. Sudah tentu dengan disiplin
yang tegar, anda akan berjaya melakukannya. Tetapi
hidup ini penuh dengan ketidaktentuan. Apa-apa sahaja
musibah boleh menimpa anda, yang boleh menyebabkan 2 perkara besar iaitu, keluarga anda kehilangan anda, begitu juga punca pendapatan keluarga. Dan yang paling malang lagi anda masih ada, tetapi tidak dapat bekerja disebabkan musibah tadi, bahkan mereka memerlukan perbelanjaan besar untuk menjaga dan merawat anda. Wang simpanan anda tadi akan menjadi susut sebelum tiba masanya.
Fikir-fikirkanlah,
Sediakan payung sebelum hujan
1 comment:
salam,
saya amat setuju dgn anda, merancang persaraan dari sekarang akan membantu keselesaan hidup dimasa persaraan.
Melabur dalam mana2 unit amanah adalah cara yang paling berkesan menggandakan wang anda tanpa perlu bertungkus lumus untuk mencapai matlamat kita.
Terimakasih, tuan Azrin, saya juga adalah salah seorang public mutual investor and other unit trust investmnet.
rahman, ipoh, pk
Post a Comment