Sunday, May 15, 2011

KESILAPAN KEWANGAN UMUM...-berapa yang ANDA lakukan?











Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan
Ya inilah kesilapan yang paling besar sekali. Cubalah tanya pada diri kita sudah berapa kali perkataan seperti "Tak apa", "nanti dulu", "lepas kawin", "bila anak dah besar" dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak-anak, insurans perubatan atau membuat temujanji dengan perancang kewangan bagi membaik pulih pinjaman anda

Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya
Umumnya kita sedar tiada manusia yang merancang untuk gagl tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab dan tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan pada soalan2 berikut
Apakah 3 matlamat kewangan anda?
Bila jangka masa pencapaiannya?
Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?

Kesilapan 3 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang
Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan konsep nilai masa wang; simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar kaedah 10 peratus setahun (kadar kat kredit 18 peratus setahun) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka "menyimpan" dengan syarikat kat kredit dan merungut tiada cukup wang

Kesilapan 4: Kegagalan menangani "musuh" wang yang utama iaitu inflasi

Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukkan bahawa duti simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 56 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?




Baiklah kepada pembaca-pembaca budiman di luar sana..adakah anda tergolong dalam insan-insan yang melakukan kesilapan-kesilapan seperti yang diutarakan diatas..tepuk dada tanya lah orang sebelah anda..

















Friday, April 22, 2011

Kata2 Hikmat Bulan April 2011







"Orang yang berJAYA dalam HIDUP adalah orang yang nampak TUJUANnya dengan JELAS dan menJURUS kepadanya tanpa MENYIMPANG"

Sunday, April 17, 2011

KeMENANGan Demi KeMENANGan dicapai !!!



Salam Sejahtera semua..Tentu anda paham maksud saya tentang tajuk diatas.. Ia merujuk kepada Public Mutual yg berkali2 dan berturut2 menjadi JOHAN..dalam lapangan unit amanah.. Jika dilihat pada jadual diatas Public Mutual mengungguli carta penguasaan sebanyak 44.3% dari semua pesaingnya.

Tidak ketinggalan dari segi anugerah-anugerah tahunan yang sentiasa diberi kepada Public Mutual kerana keHEBATan dan KeMATANGan mengurus duit2 anda..

Kepada semua yand telah melabur dengan Public Mutual, TAHNIAH saya ucapkan kerana ANDA bijak memilih syarikat yang mampu mengurus dana anda dengan baik supaya memberi pulangan yang seMAKSIMUM yang mungkin..


Bagi mereka yang diluar sana yang masih tercari2 ruang untuk melaburkan duit (Tunai /EPF) pada tempat ynag menguntungkan, silalah SEGERA menghubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA..


Mereka sudah melabur, anda bagaimana???

Friday, April 15, 2011

Kaedah terhebat dalam menggandakan "Harga" unit amanah ANDA!!!


Kita kini hidup dalam zaman yang mencabar dari segi kewangan. Inflasi, kos sara hidup yang meningkat, kemeruapan pasaran, dan pelancaran produk-produk kewangan yang semakin canggih adalah antara yang menimbulkan kebimbangan pelabur-pelabur.
Jadi tidak hairanlah jika ANDA (para pelabur) ataupun yg belum melabur rasa teragak-agak untuk melabur dan bersikap berhati-hati terhadap sebarang pelawaan untuk membuat pelaburan, malah akan memandang pelawaan itu dengan prasangka.
Perlu diingatkan "Pelaburan" anda semua boleh mencapai keuntungan semaksimum yang mungkin sekiranya anda mengamalkan 2 petua yang akan saya kongsikan di bawah ini.

Petua 1

"Melabur secara berkala" - Pemurataan Kos Ringgit (RCA) adalah strategi melabur secara berkala dalam satu tempoh masa tertentu. Sebagai contoh, RM300 dilabur dalam portfolio tertentu setiap bulan. Strategi ini membolehkan lebih banyak unit dibeli ketika harganya rendah dan kurang unit ketika harganya tinggi. Dalam jangka panjang, ini akan menghasilkan harga purata seunit pelaburan yang lebih rendah dan ini boleh dibuat melalui arahan debit langsung (DDI)

Petua 2

"Peraturan 72" - Satu formula yang mudah untuk menghitung masa yang diperlukan untuk menggandakan wang anda berdasarkan prinsip kaedah kompaun. Misalnya jika anda telah melabur RM30,000 dan hendak menggandakannya kepada RM60,000 dalam tempoh 6 tahun, anda perlu melabur dalam produk yang memberi Pulangan Pelaburan (ROI) sebanyak 12% berasakan perhitungan berikut:

Kadar faedah yang diperlukan untuk Mengganda Wang Anda dalam Jangka Waktu ynag disasarkan

= 72 / jumlah tahun yang disasarkan untuk menggandakan wang anda
= 72/ 6
= 12 peratus setahun

Jadi mudah bukan sekiranya anda mengetahui dan mempraktikkan petua-petua yang saya nyatakan diatas...Anda bagaimana? Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Wednesday, March 30, 2011

Dana yg boleh dilaburkan menggunakan KWSP anda!!!

Equity Fund
*Public Index Fund
*Public Regular Savings Fund
*Public Sector Select Fund
*Public Aggressive Growth Fund
*Public Dividend Select Fund
*Public Focus Select Fund
*Public Growth Fund
*Public Equity Fund
*Public Industry Fund
*Public Savings Fund

Balanced Fund
*Public Balanced Fund

Bond Fund
*Public Select Bond Fund


Equity Fund (Shariah)
*Public Islamic Dividend Fund
*Public Islamic Equity Fund
*Public Islamic Optimal Growth Fund
*Public Islamic Select Treasures Fund
*Public Islamic Select Enterprises Fund
*Public Ittikal Fund


Balanced Fund (Shariah)
*Public Islamic Balanced Fund

Fixed Income Fund (Shariah)
*Public Islamic Income Fund

Money Market Fund (Shariah)
*Public Islamic Money Market Fund


Adakah anda sudah melabur dalam dana-dana yg saya nyatakan diatas?
JIKA belum...masih belum terlambat..Hubungi saya bagaimana mahu menggandakan simpanan KWSP anda itu..call call me now...0172386896