
Kita kini hidup dalam zaman yang mencabar dari segi kewangan. Inflasi, kos sara hidup yang meningkat, kemeruapan pasaran, dan pelancaran produk-produk kewangan yang semakin canggih adalah antara yang menimbulkan kebimbangan pelabur-pelabur.
Jadi tidak hairanlah jika ANDA (para pelabur) ataupun yg belum melabur rasa teragak-agak untuk melabur dan bersikap berhati-hati terhadap sebarang pelawaan untuk membuat pelaburan, malah akan memandang pelawaan itu dengan prasangka.
Perlu diingatkan "Pelaburan" anda semua boleh mencapai keuntungan semaksimum yang mungkin sekiranya anda mengamalkan 2 petua yang akan saya kongsikan di bawah ini.
Petua 1
"Melabur secara berkala" - Pemurataan Kos Ringgit (RCA) adalah strategi melabur secara berkala dalam satu tempoh masa tertentu. Sebagai contoh, RM300 dilabur dalam portfolio tertentu setiap bulan. Strategi ini membolehkan lebih banyak unit dibeli ketika harganya rendah dan kurang unit ketika harganya tinggi. Dalam jangka panjang, ini akan menghasilkan harga purata seunit pelaburan yang lebih rendah dan ini boleh dibuat melalui arahan debit langsung (DDI)
Petua 2
"Peraturan 72" - Satu formula yang mudah untuk menghitung masa yang diperlukan untuk menggandakan wang anda berdasarkan prinsip kaedah kompaun. Misalnya jika anda telah melabur RM30,000 dan hendak menggandakannya kepada RM60,000 dalam tempoh 6 tahun, anda perlu melabur dalam produk yang memberi Pulangan Pelaburan (ROI) sebanyak 12% berasakan perhitungan berikut:
Kadar faedah yang diperlukan untuk Mengganda Wang Anda dalam Jangka Waktu ynag disasarkan
= 72 / jumlah tahun yang disasarkan untuk menggandakan wang anda
= 72/ 6
= 12 peratus setahun
Jadi mudah bukan sekiranya anda mengetahui dan mempraktikkan petua-petua yang saya nyatakan diatas...Anda bagaimana? Hubungi saya untuk keterangan lanjut
No comments:
Post a Comment